Kaki5 Folk Akustika 2011 Pix

•October 22, 2011 • Leave a Comment

This slideshow requires JavaScript.

Kaki5 Folk Akustika 11

26th, 27th & 30th September 2011

The Concourse, Esplanade

Singapore

Kaki5 Folk Akustika 2011

•September 5, 2011 • Leave a Comment


3 Days of Folk & Roll !!

KAKI5 FOLK AKUSTIKA 11

at The Concourse. Esplanade

ADMISSION : FREE

 

Monday 26th September 2011

Dian                7.15 – 7.45 pm  &   8.15 – 8.45 pm

 

Tuesday 27th Sepetember 2011

Global Chaos  7.15 – 7.45 pm

SnowBall         8.15 – 8.45 pm

 

Friday 30th September 2011

Tujuh           6.30 – 7.00 pm

Zahidah       7.30 – 8.00 pm

Klutz             8.30 – 9.00 pm

 

Trailer : Hari Raya Telemovie – NoRaya!

•August 27, 2011 • Leave a Comment

Hari Raya Telemovie : NoRaya!
Monday, 29th August 2011
9pm on Suria
Produced by Elements Pictures in association with Kaki5 Films

Music Video : The Pinholes – Besok Oh Yeah

•August 19, 2011 • Leave a Comment

Music Video from Telemovie “NoRaya!”
A Hari Raya telemovie on Suria Channel, Mediacorp TV
Produced by Elements Pictures in association with Kaki5 Films.

Music Video : Jinbara – Nebuchadnezzar

•July 30, 2011 • Leave a Comment

Artist : Jinbara
Song : Nebuchadnezzar
Director: Adi Yadoni
Producer : Wahyu Rahman
DOP : Tan Teck Zee
Editor : Yane
Post- Production : Meta4 Films
Produced by Kaki5 Films for Warner Music Malaysia

PRESS : Review of Mat Rockers in Asian Art News

•June 14, 2011 • Leave a Comment

Exhibition Reviews

Association of Artists of Various Resources: Tradition, Innovation & Continuity at the Singapore Art Museum.

Angkatan Pelukis Aneka Daya(APAD), or the association of Artists of Various Resourses, is a non-profit Singapore-based art group founded in 1962, with a membership largely Malay artists, art educators and professionals in visual arts. Their 34th exhibition held in collaboration with the Singapore Art Museum is a first at the public institution.

As a group that, in addition to annual exhibitions, organizes the Pingat APAD art award, community-based exhibition such as the Racial Harmony Dayart exhibition at the local Braddell Heights Community Center, and supports the solo and group shows of its members, APAD has defined for itself a scope that is deliberately inclusive. It is this inclusiveness that is the focus of the exhibition highlighting its achievements over 46 years.

Showcasing early works by its members from within the museum’s collection, less-seen works from the 1950s sourced from late artists families, and contemporary works proposed by younger members, the exhibition as a whole is unavoidably eclectic. Presented with works by 51 artists, one would be hard-pressed to do justice with a short review, yet a few apt works by the group’s younger artists illustrate the issues the exhibition and the group face.

Adi Yadoni is an independent filmmaker who, in addition to the work showing at the exhibition, has also produced the film Klise-cliché with Kaki5 Films. His ‘rockumentary’ film presented in the exhibition, Reflections of the Miusnderstood Mat Rockers, made in 2002. Premiered at the 15th Sinagpore International Film Festival and was shown at the 6th Thai Film and Video Festival. Images of Asia in Denmark and the first London Malay Festival. It ask as a simple yet compelling question: What is Mat Rock?

Tracing the thoughts of band members from Global Chaos, Stomping Ground, 4 sides, Sound Salvation and UrbanKarma, Adi Yadoni’s work is a portrayal of the “contemporary situation or the stigma of being a Mat Rock.” The film identifies music as a means for Malay youth to forge a culture and identity of their own, where music reflects family ties, provides solace for youthful angst and troubles, and constitutes a lifestyle statement. At 56 minutes, the film strectches the usual gallery jog, though it is also available online viewing.

From the draw of noisy music by “ scruffy working-class men. Almost slacker-like in appearance,” the self-deprecating description at the fim’s start, through the evolution of the bands, their thoughts on identity, making music, and the lack of an industry in Singapore, the film, and correspondingly the exhibition, reveals a certain passionate community; a ’kampung spirit’ that, while not particularly Malay, one might associate with pre-colonial and pre-industrial Singapore. Yadoni’s take on the Malay rock bands is romantic in spite of itself, and points to what is lacking in seemingly progressive exhibitory stances that chart artworks and artists as milestones, a scenario commonly encountered.

The work attempts an integration of the apparently wayward manners of Mat Rock with larger community, an issue that perhaps finds parallel for the group that prides itself for its cross-generational membership, presenting a multi-faceted view of this non-conformist individuals. As Suhaimi Subandie, guitarist for Stomping Ground and 4 sides wryly observes. “ Maybe it’s not a good lifestyle. What we Malays call a lepak lifestyle. Very laid back, Just enjoying the music.” A far cry from Singaporean’s middle-class work-ethic pragmatism and instutional measures of success.

June Yap
Asian Art News
March/April 2009

PRESS : Berita Harian : Kuak Sayap

•June 13, 2011 • Leave a Comment

28 Mei 2011

BERITA HARIAN

EKSTRA!

Kuak Sayap

Pengarah drama dan penerbit muzik, Adi Yadoni, dan isteri, pelakon Wahyu Rahman, lebarkan sayap ke negara jiran

Oleh
Adam Md Yusop

NAMPAKNYA bukan hanya penyanyi yang meluaskan langkah ke negara jiran, bahkan pengarah dan penerbit televisyen tempatan pun sudah melebarkan sayap ke Malaysia.

Antara yang aktif hari ini ialah pengarah drama dan penerbit muzik, Adi Yadoni, dan isterinya, pelakon Wahyu Rahman, yang pernah menghasilkan drama Puteri Omera dan telemovie khas Hari Raya, Raya Suraya, di saluran Suria.

Di KL, selepas mengarahkan telemovie, Amanah Tuan Besar, Adi menghasilkan pula muzik video kugiran Indie Malaysia, Hujan, untuk lagunya berjudul Muda bagi promosi saluran TV9. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab menerbitkan single bekas penyanyi daripada Bhumiband, iaitu Awi Rafael.

Adi, yang juga merupakan seorang pelukis, berkata beliau tidak mahu membataskan tempat beliau berkarya. Sebab itulah beliau tidak ragu-ragu memilih kawasan misteri di Sungai Buloh yang pernah menjadi lokasi pembikinan filem Dukun, sebuah filem mengenai Mona Fendy yang dihukum mati di tali gantung kerana membunuh seorang ahli politik Malaysia berpangkat Datuk.

Video yang disiapkan itu adalah untuk kumpulan rok, Jinbara, bagi single terbarunya, Nebuchadnezzar, hasil tugasan yang diamanahkan oleh Warner Music Malaysia. Sebelum ini Jinbara popupar dengan lagu Kasihnya Lail dan Farhana.

Pengambaran muzik video Jinbara bermula pada 6 pagi hingga ke lewat malam di dua lokasi – pertama di Sungai Buloh dan kedua di salah sebuah rumah usang di belakang sebuah lorong di Bukit Bintang.

Berpandukan konsep cinta yang agak berbeza, ia mengisahkan penceritaan muzik berkisar seorang raja yang mencari permaisurinya.

Adi menerangkan: ‘Kembara cinta raja ini seakan berjalan dalam terowong yang gelap, tidak pasti di mana jalan keluarnya.’

Aduh… satu definasi yang cukup dalam, bisik hati penulis.

‘Lokasi untuk sesuatu muzik video itu penting kerana ia memberi gambaran apa yang kita dapat lihat,’ tambah sutradara yang pernah menghasilkan ‘rockumentari’, Reflections of the Misunderstood Mat Rocker, yang pernah ditayangkan di Pesta Film Singapura dan London.

Sementara Adi mengarahkan MTV tersebut, Wahyu pula bertindak sebagai penerbit, penyunting, penata gaya dan mengeluarkan konsep video itu sendiri.

Bercakap tentang kreativiti, Adi berkata sukar untuk menjangkakan hasil video biarpun sudah menghasilkan konsep dan jalan ceritanya.

Apa yang penting, tambahnya, beliau mahu membuat Jinbara dilihat daripada perspektif berbeza, bukan setakat band rok biasa.

‘Saya sudah melihat dan mendengar lagu-lagu Jinbara sebelum ini, dan apa yang saya inginkan ialah mengubah cara penampilan mereka, daripada imej yang lama kepada mencuba sesuatu yang baru.

‘Setiap muzik video ada elemen dan cara ia berkomunikasi dengan penonton, terpulanglah kepada sutradara menukar elemen ‘pendengaran’ kepada elemen ‘penglihatan’ iaitu visual,’ kata sutradara yang menerima pendidikan seni visual di Maktab Seni LaSalle itu.

Selepas muzik video, apa pula?

‘Saya ingin mencuba semuanya. Drama, telemovie atau mudah-mudahan sebuah konsep persembahan muzikal, apa saja wadah.

‘Di samping berkarya, saya juga dapat mempelajari budaya pop moden yang ada di sekeliling kita. Contohnya, MTV Jinbara, ada sedikit rencah-rencah seni pop ketimuran iaitu Jepun dan visual yang malap daripada artist Barat iaitu Marilyn Manson,’ tambah beliau.

Semasa menyaksikan Adi bekerja di lokasi penggambaran, Adi kelihatan cukup relaks, suka bersenda dan membuat artis dan kru tersenyum.

‘Membuat muzik video, drama atau filem harus happy, kalau tidak tak best lah, kerana kita sama-sama ingin menghasilkan produk yang bagus dan nyata.

‘Sikap berkongsi idea untuk menghasilkan karya yang terbaik adalah salah satu rencah yang membuat sesuatu projek itu menghala kejayaan,’ kata Adi, sutradara berjiwa mat rok yang juga gigih menerajui persembahan Kaki5 Folk Akustika di Esplanade hampir setiap tahun bersama isterinya.

Music Video : Hujan – Muda

•May 25, 2011 • Leave a Comment

Music Video
Artiste : Hujan
Song : Muda
Director: Adi Yadoni
Producer : Wahyu Rahman
Editor : Yane
Post- Production : Meta4 Films
Produced by Kaki5 Films for TV9 Malaysia

Music Video : Awi Rafael – Pulanglah

•May 9, 2011 • Leave a Comment

Music Video
Artist : Awi Rafael
Song : Pulanglah
Director: Adi Yadoni
Producer : Wahyu Rahman
Editor: Yane
Post-Production : Meta4 Films
Produced by Kaki5 Films for Warner Music Malaysia

PRESS : Harian Metro : Borak Lokasi

•April 11, 2011 • Leave a Comment

Amanah Tuan Besar – A telemovie For RTM

Directed by Adi Yadoni

Produced By Sedania Corp. Sdn Bhd

Harian Metro.

17th March 2011

Borak Lokasi: Adi takut arah Zulkifli Zain

SEBELUM mengarahkan drama, Adi Yadoni, banyak terbabit dengan band indie dengan menerbitkan muzik video untuk mereka. Dia yang sangat meminati pelakon lama seperti Zulkifli Zain tidak menyangka dapat bekerja dengannya. Bukan sekadar bekerja tetapi ‘mengarahkan’ pelakon itu.

“Takut saya dibuatnya. Ketika semua pelakon veteran itu berada di puncak populariti, saya kecil lagi dan apabila meningkat remaja, saya selalu menonton drama atau filem lakonan mereka. “Sekarang apabila saya menceburi dunia penerbitan, saya dapat pula bekerja dengan mereka dan selaku pengarah saya ‘mengarahkan’ mereka pula.
“Kecilnya dunia ini. Bagaimanapun, bekerja dengan orang lama ini sangat senang kerana sebagai orang yang berpengalaman, mereka tahu apa yang perlu dibuat.

“Mereka juga sangat menghormati orang lain dan tidak kisah mendapat pengarah muda seperti saya. “Abang Zulkifli misalnya, tidak pernah membantah atau menunjukkan egonya apabila saya arahkan dia buat seperti yang saya dan skrip itu mahukan. “Terus terang saya seronok bekerja dengan mereka dan ia adalah pengalaman paling mahal buat saya. Shaharudin, Mubarak, Fadilah dan Sheial juga pelakon yang saya hormati. “Saya juga bernasib baik kerana artis baru yang berlakon drama ini juga tidak banyak kerenah dan mendengar kata. Itu saja cara untuk berjaya. Sentiasa mahu belajar dan berdisiplin. Jangan cepat ‘besar kepala’. “Sekarang ini ramai yang hendak jadi artis, jadi kalau mereka buat hal, ramai lagi bakat baru yang menunggu di luar sana,” katanya. Tambah Adi, ini kali pertama dia bekerja dengan Sedania namun segalanya berjalan lancar.
“Kru yang diambil untuk bekerja dalam pembikinan drama itu sudah tahu tugas masing-masing. Jadi kami tidak membuang banyak masa di lokasi. Tugas pengurus produksi dan juga pengarah adalah untuk memberi yang terbaik kepada syarikat di samping dapat mengurangkan kos,” katanya.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.